1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki
dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu
bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,
seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak
dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan
dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta
tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy….,
jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari
watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi
juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700
tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik
butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik
kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya
apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi
atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa
bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila
dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga
bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang
Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika
nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.
Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila
nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post
ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
No comments:
Post a Comment